SEJARAH SEKOLAH
  
 
  |    |   |  Bangunan pejabat sekolah
 
  | Bangunan Makmal sekolah
 
  |  Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
1936, adalah hasil usaha muafakat penduduk kampung yang dipelopori oleh Encik Abang Abdillah yang memegang jawatan Sarawak Native Officr (SNO) yang ketika itu masih lagi di bawah pemerintahan Brooke. Atas nasihat dan galakan beliau, penduduk kampung Debak telah mengadakan mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah. Jawatankuasa itu terdiri daripada tokoh-tokoh berikut:
 
     Penasihat               :    Encik Abang Abdillah     Pengerusi               :    Encik Muhammad Bin Kamis     Timb. Pengerusi    :    Tua Kampung Putit Bin Apek     Setiausaha                :    Tuan Hj. Abang Ali bin Abang Uda     Bendahari                 :    Encik Abang Mud bin Abang Hosen     Timb. Bendahari    :    Tuan Hj. Subuh bin Bunut     Ahli Jawatankuasa:    Tuan Hj. Naie bin Abang Ghani                                               Encik Abang Mahli bin Abang Taim                                               Encik Simbok bin Gapar                                                 Tuan Hj. Abang Usi bin Abang Tarip                                                Tuan Lebai Yunus bin Suba                                                Tuan Hj. Man bin Tinggal                                                Encik Sibang bin Linggeh                                                 Encik Hussein bin Linggeh Hasil muafakat, kerjasama dan sokongan penduduk kampung, maka terbina sebuah pondok kecil berupa bangsal dan beratap nipah dijadikan sebagai pusat pendidikan awal anak-anak kampung Debak ketika itu. Ianya dibina di atas tanah tinggi berdekatan dengan tebing Sungai Rimbas. Ahli jawatankuasa terbabit bersetuju sekolah tersebut dinamakan Sekolah Rendah Kerajaan(SRK) Datuk Bandar. 
  |  
  |   |  Bangunan kantin sekolah
 
  | Bangunan Perpustakaan sekolah
 
  |  Menjelang tahun 1962, sekolah ini
semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah
menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan
menampung kira-kira 220 orang murid. 
  Pada tahun 1975, sekolah
ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan
konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19
Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri
Pelajaran Malaysia ketika itu. 
  Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. 
  |  
 
  
 
	 
 
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia 
 |